Tuesday, 12 March 2013

Kedudukan Masjid Dalam Islam


Masjid adalah sebuah bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dan ia merupakan tempat yang mulia dan suci dalam Islam.

Selain dari menjadi lambang kepada syiar Islam, masjid juga sebagai pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat mengerjakan sembahyang berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat.

Justeru itulah usaha yang mula-mula sekali dibuat oleh Rasulullah s.a.w. semasa baginda berhijrah ke Madinah al-Munawwarah, ialah mendirikan masjid Quba', iaitu sebuah masjid yang disifatkan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai masjid yang didirikan atas dasar takwa.

Firman Allah, ertinya:

"Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar takwa semenjak mula-mula dibina adalah lebih patut engkau mendirikan sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid itu terdapat beberapa orang lelaki yang suka supaya dirinya bersih, sedang Allah kasih kepada orang yang bersih."

Firmannya lagi, ertinya:

"Manakah yang lebih baik, orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya atas takwa kepada Allah dan keredhaannya, atau orang yang mendasarkan pembinaan masjidnya di atas tepi jurang yang runtuh sehingga ia jatuh bersama-samanya dalam neraka jahanam? Sedang Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang aniaya."

Kemudian tidak lama selepas Rasulullah menetap di Madinah baginda mendirikan sebuah .lagi masjid di bandar Madinah yang lebih terkenal dengan Masjid an Nabawi yang juga disifatkan oleh baginda sebagai "masjid yang telah dibina atas dasar takwa". Sebagaimana diterangkan oleh baginda di dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dalam "Syarhu Jamiu At-Tarmizi."

Memandangkan kepada pentingnya pembinaan masjid dalam perkembangan agama Islam Rasulullah telah menggalakkan umatnya supaya mendirikan masjid di mana sahaja mereka berkampung, sebagaimana yang diterangkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;

"Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan."
(Ahmad dan Abu Daud dan Al-Tarmizi)

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah telah menerangkan kelebihan orang yang mendirikan masjid atau balasan yang akan didapati oleh orang-orang yang mendermakan hartanya untuk mendirikan masjid seperti tersebut di dalam sebuah hadis:

Dari Usman Radiallahu Anhu katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Barangsiapa membina sebuah masjid semata-mata ikhlas kerana Allah Taala nescaya Allah taala akan membinakan untuknya sebuah rumah di syurga."

Berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran dan hadis tersebut jelaslah bahawa seseorang yang hendak membuat amal jariah mendirikan masjid atau mengeluarkan harta sebagai derma mendirikan masjid mestilah dengan hati yang ikhlas semata-mata kerana Allah sebagaimana yang dicontohkan oleh nabi Muhammad s.a.w.. Seterusnya elakkan diri dari mengandungi niat atau tujuan yang kotor yang tidak diredhai oleh Allah.

Sebagaimana firmannya ;

"Di antara mereka terdapat juga orang-orang yang mendirikan masjid untuk mendatangkan mudarat dan kufur, dan mencerai beraikan antara orang-orang yang beriman dan sebagai pengintip kepada orang-orang yang memerangi Allah dan Rasulnya semasa dahulu serta mereka bersumpah dengan katanya, "Tiadalah kami bermaksud untuk memperbuat masjid ini melainkan semata-mata kebaikan " sedang Allah mengetahui bahawa mereka orang yang bohong."

Surah At-Taubah ayat 107

Sumber:
http://www.al-azim.com/masjid/kedudukanmasjid.html

Thursday, 28 February 2013

Cintai masjid SAHAM mu bermula di sini.

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


"Cintai masjid SAHAM mu bermula di sini." - merupakan slogan kami, Sahabat Masjid. 

"Melahirkan mahasiswa yang terpaut hatinya pada masjid."

Sayang bila masjid yang gah, tersergam indah tapi sepi tanpa jemaah. Ayuh sama-sama kita imarahkan masjid kita sahabat. Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Jadi, amatlah rugi jika kita hari ini mengabaikan masjid dan tidak mengimarahkan rumah Allah yang mulia.

Masjid Sultan Badlishah UUM yang tersergam indah.

Kejayaan berdakwah bukan dilihat pada keramaiannya tetapi sebanyak mana manusia yang insaf & mempratikkannya. Berdakwah dengan baik akan mengeratkan tali persaudaraan sesama Islam bukan persengketaan dan pergaduhan.


Bismillahirrahmanirrahim..


"Serulah(manusia) kepada Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk." Surah An-Nahl ayat 125.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya,dan berjihadlah(berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung." Surah Al-Mai'dah ayat 35.

“Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang tidak kamu ketahui.kerana sesungguhnya pendengaran,penglihatan serta hati nurani, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” Surah al-Isra’ ayat 36.

"Jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH. Yang mereka ikuti hanya prasangka belaka dan mereka hanyalah membuat kebohongan." Surah Al-An'am ayat 116.

"dan kebanyakan mereka hanya mengikuti dugaan. Sesungguhnya dugaan itu tidak sedikitpun berguna untuk melawan kebenaran. Sungguh ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan." Surah Yunus ayat 36.

"Dan agar orang-orang yang telah diberi ilmu, meyakini bahwasanya Al Quran itulah yang hak dari Tuhan-mu lalu mereka beriman dan tunduk hati mereka kepadanya dan sesungguhnya Allah adalah Pemberi Petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada jalan yang lurus." Surah Al-Hajj ayat 54.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat ALLAH kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu ALLAH menyatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu ALLAH menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, ALLAH menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." Surah Ali 'Imran ayat 103.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." Surah Muhammad ayat 7.

Dengan Nama Allah, Tuhan Sekelian Alam.

Bismillahirahmanirrahim,
dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan yg mencipta sekelian alam. Dengan izin dan pertolongan dariNya, blog Sahabat Masjid Sultan Badlishah dapat dibina buat julung kalinya. Syukur yang tak terhingga atas kurniaan pertolongan, bantuan dan ilham yang dikurniakan dariNya. =) Moga Allah menetapkan hati kita semua untuk terus beristiqamah dalam berdakwah.

Alhamdulillah :')

Semoga Allah redha dengan terhasilnya blog ini. Moga blog ini menjadi wadah yang baik dalam menyampaikan informasi dan dakwah kepada semua, insyaAllah. Mohon doa dari kalian yang sudi membaca. 

Jazakallahhu khairan. =)